Jenama ct N honey ini telah mula digunakan semenjak tahun 2013. Maksudnya sudah 8 tahun saya menjual hasil jahitan dimana lebih menumpukan jualan atas talian.
Pada permulaannya saya mengambil tempahan design yang mudah dan senang dijahit. Lama kelamaan diatas permintaan dari pelanggan yang berbagai citarasa saya beranikan diri mencuba design yang lebih rumit.
Untuk menjaga qualiti dan kekemasan beg tangan jahitan saya ini, dari permulaan proses memilih kain sehinggalah habis proses menjahit hanya saya seorang membuatnya. Jadi penghasilkan beg tangan buatan tangan ini adalah proses yang mengambil masa yang lama dan penuh ketelitian.
Selama 8 tahun membuat beg tangan ini saya hanya akan membuat beg jika ada tempahan sahaja, dan sepanjang masa itu ada berbagai design yang saya telah hasilkan seperti sling bag,clutch,tote bag, laptop bag dll yang menggunakan fabrik seperti linen,canvas cotton dan songket.
Untuk tahun 2021 saya lebih menghasilkan beg tangan yang sudah siap (readymade) sahaja. Untuk pelanggan merasa lebih eksklusif memiliki Handmade Bag ct N honey sekarang saya hanya menghasilkan beg tangan yang menggunakan fabrik batik premium dan material dari luar negara sahaja.
Penutup paling manis bagi tahun 2019 ini adalah jenama ct N honey telah mendapat kepercayaan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Wan Azizah untuk dijadikan cenderahati buat orang kenamaan luar negara iaitu isteri Presiden Turki Emine Erdoğan didalam majlis makan malam di kedutaan republik Turki yang berkunjung ke Malaysia sempena KL summit 2019.