SELAMAT DATANG!

Tidak kira kemana anda pergi pasti beg tangan menjadi peneman setia.

Penghantaran

Seluruh Malaysia

Handmade

100% Buatan tangan

Pilihan

Pelbagai bentuk dan warna

Hadiah kepada teman

Sahabat terbaik adalah orang yang sangat bermakna didalam hidup anda. Pastikan hadiah yang lebih istimewa itu ialah dari buatan tangan. Jadikan hadiah itu dihargai dan tidak dapat dilupakan olehnya.

Sempena hari istimewa

Sepanjang tahun ada tarikh bagi meraikan golongan tertentu seperti hari ibu, hari lahir, hari guru dan sebagainya. Jangan biarkan hari itu berlalu tanpa kita menyambutnya dengan pemberian hadiah bagi menghargai mereka.

Menghargai diri sendiri

 Berikan  (self reward) apabila sudah mencapai matlamat anda. Pilih saja hadiah yang anda idamkan. Menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri memberi kesan motivasi supaya terus berusaha!

Produk terbaru

Setiap produk hanya dihasilkan 1 unit sahaja. Supaya anda merasai betapa eksklusif produk yang anda miliki itu.

Mengapa memilih barangan buatan tangan?

Beg buatan tangan sangat popular pada hari ini. Mungkin kerana coraknya, berbentuk lain dari beg yang ada dipasaran. Kebiasaannya beg buatan tangan boleh ditempah mengikut citarasa sendiri dan nampak lebih individu dan peribadi. 
 Ramai yang bersetuju beg buatan tangan tahan lasak dan lebih bermutu kerana diperbuat dengan teliti dan halus jahitannya. Jadi untuk memiliki beg tangan yang baik tidak semestinya yang berjenama sahaja.

Proses pembuatan

Ada beberapa peringkat untuk menghasilkan sebuah beg buatan tangan.

Pemilihan bahan dari jenis kain dan aksesori adalah langkah pertama penghasilan beg. Menggunakan kain batik premium dan kain designer luar negara sudah semestinya setiap produk itu lebih eksklusif.

Selain kemahiran menggunakan mesin jahit dan kekemasan jahitan tangan, beg yang dihasilkan juga menggunakan alat yang khas untuk menyiapkan sebuah beg itu.

Setiap beg yang dibeli oleh pelanggan, beg akan dibungkus dengan kemas dan disertakan sekali dengan kad ucapan. Saya mahu anda merasai keterujaannya apabila menerima bungkusan itu nanti

Berminat?

Jika ingin memiliki dan memegang sesuatu yang cantik juga mengembirakan diri sendiri pasti ada di sini.

Shopping Cart