Semenjak tahun 2013 jenama CT N HONEY telah diasaskan oleh saya, Puan Siti Noor Misro. Bermula dengan sekadar minat dan mengisi masa lapang lama kelamaan mula mengambil tempahan berbagai jenis beg. Dari situ kemahiran saya didalam jahitan membuat beg ini telah meningkat dari masa ke semasa. Dalam pada masa yang sama saya juga membuka kelas mengajar bagi mereka yang berminat untuk belajar menjahit beg.
Sentiasa menjaga qualiti bahan-bahan asas dan aksesori untuk menghasilkan beg.
Apabila menggunakan barangan yang berqualiti ianya memberikan semangat kepada saya mencurahkan sepenuh sentuhan kasih sayang bagi menyiapkan setiap beg yang dihasilkan.
Selain dari menghasilkan beg, saya juga membuka kelas mengajar menjahit beg sama ada datang sendiri di tempat saya ataupun boleh belajar secara online.
Setelah hampir 9 tahun di dalam dunia jahitan terutama didalam pembuatan beg tangan ini ada banyak kisah suka duka yang saya alami. Tidak kurang juga impian yang saya ada, dimana saya rasa agak sukar untuk dicapai. Tetapi dengan sedikit pencapaian ini akan memberi saya lebih semangat untuk terus menghasilkan beg buatan tangan dan berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang lagi diluar sana.
Anugerah
Tempat pertama Malaysia Best Handmade Crafter dari Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia 2021