CT N HONEY Dulu Kini Pavilion Bukit Jalil

Setiap orang ingin mencapai seberapa banyak kejayaan didalam hidup. Membuka butik yang menjual handmade ct N honey adalah salah satu impian sejak terjualnya beg pertama saya. Kejayaan itu kadang-kadang ia boleh menjadi agak mudah, kadang-kadang sangat sukar, boleh juga pendek atau sangat panjang untuk kita capai. Perjalanan selama hampir 10 tahun didalam bidang jahitan kreatif ini ada turun naiknya. Ada masa saya ingin berhenti ditengah jalan, bila mood menjahit tiba-tiba hilang. Terasa penat, lesu dan tiada daya kreatif untuk  mengeluarkan idea.

         

Tahun 2018 saya mengambil keputusan untuk terus berhenti menjahit beg. Walaupun pelanggan lama datang untuk menempah saya tetap menolak untuk menerimanya. Semua stok bahan jahitan saya jual. Disebabkan menjahit itu sudah sebati dalam diri, sekali sekala saya masih membuat beg untuk diri sendiri. Hinggalah pada satu hari saya mendapat sehelai vintage Obi Kimono yang sangat cantik. Mungkin kerana suka dengan kejadian beg yang saya hasilkan dari Obi Kimono itu semangat saya datang semula.

         

Ketika saya seronok menghasilkan beg dari Vintage Obi Kimono tanpa disangka semua beg yang ada telah dibeli oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr Wan Azizah untuk dijadikan cenderamata. Bagi saya itu adalah satu pencapaian terbesar dan menjadi kebanggaan pada diri saya sendiri.   Jenama CT N HONEY di KL Summit 2019 

         

Selepas kejadian itu saya berpendapat belum tiba masanya lagi untuk saya berhenti dan melupakan jenama CT N HONEY. Cuma kali ini saya hanya membuat beg readystock sahaja. Untuk tahun 2022 ini saya merancang untuk bersemuka dengan pelanggan dimana selama ini saya hanya menjual secara online sahaja.  Pada awal tahun ini buat pertama kalinya saya membuka reruai di Sambutan HKK (Hari Kraf Kebangsaan). Baru-baru ini pula saya menyertai Pameran Back To Nature untuk menyokong penggunaan Natural Dye didalam menghasilkan kraftangan.

         

Walaupun impian 10 tahun lalu saya rasa sukar untuk dicapai, berkat kesabaran akhirnya saya mencapai sebahagian kecil impian itu. Menerima tawaran dari DULU KINI di Pavilion Bukit Jalil bagi saya adalah peluang yang tidak sepatutnya di tolak. Diberikan 1 rak untuk meletakkan produk jenama CT N HONEY  sudah cukup untuk permulaan ini.  Terima kasih kepada semua pelanggan yang memberi sokongan dan semangat sehingga sekarang. Dapatkan beg tangan  CT N HONEY yang bertemakan batik dan songket di DULU KINI Pavilion Bukit Jalil.

IG DULU KINI
Lot 2.57.00 – Lot 2.63.00, Level 2 Pavilion Bukit Jalil, 2, Persiaran Jalil 8, Bandar Bukit Jalil 8, 57000 Kuala Lumpur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart