EXPO KRAF & SENI 2023 PAVILION BUKIT JALIL

Dari bulan Mei 2023 kami perintis Sewing World telah diberitahu tentang event besar  yang akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil. Kami ada masa untuk membuat persiapakan menyiapkan produk masing-masing. Ada masa sessi zoom diadakan untuk melancarkan majlis itu nanti.

Tiba tarikh yang dinantikan Ekspo Seni dan Kraf 2023 yang bertemakan ‘The Tunku Azizah Handmade Market: A Home For Malaysian Crafters’, bermula 19 Oktober) hingga 22 Oktober 2023, mempamerkan hasil seni dan kraftangan dari lebih 300 penggiat kraftangan tempatan yang terdiri daripada ahli kelab “A Home for Malaysia Crafter” bagi menonjolkan hasil seni daripada pelbagai bidang seperti tekstil, hasil rimba, hasil logam dan aneka kraf.

                                                                                                                 

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Ekspo Seni dan Kraf 2023 di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 11.10 pagi diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.


Kami sebagai perintis dan ahli platinum Sewing world bersama-sama menyanyikan lagu tema Sewing World BERSATU BANGSA KASIHI SEMUA.

Pada majlis tersebut, Seri Paduka Baginda yang juga penaung Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJKM) berkenan menyempurnakan majlis itu dengan menandatangani hasil kraftangan batik sebagai simbolik perasmian.

 

Jumpla lagi saya CT N HONEY di event akan datang, Bye..

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart