Perasmian The Art Of Batik Bunga Lado PERKEP Negeri Sembilan

Dapat tawaran dari Kraftangan Negeri Sembilan untuk menghasilkan beg tangan yang bermotifkan bunga Lado untuk PERKEP Negeri sembilan.  Meeting pertama dengan mereka untuk berkenalan dan berbincang material apa yang sesuai digunakan.

Bermulalah proses membuat sample yang juga dibantu oleh Kraftangan Negeri Sembilan bagi pemilihan warna yang betul dan design Bunga Lado yang telah dipersetujui oleh pihak PERKEP Negeri Sembilan yang dimana bahan asasnya ialah kain songket berwarna putih. Berbincang pula dengan penyulam cara kedudukan sulam diatas kain. Sulaman adalah dikedua-dua bahagian beg dan disulam tebal bagi mendapat efek timbul.

 

Penghantaran sample beg tangan kepada PERKEP Negeri Sembilan. Ada sedikit pertukaran dari segi warna sulaman. Ok je tak adalah masalah hanya kesilapan kecil.

Setelah warna dan design diputuskan oleh pihak PERKEP Negeri Sembilan baru saya memotong kain untuk bahagian dalam (lining) beg sambil proses sulaman siap. Disebabkan tempahan masuk berperingkat jadi beg tangan siap sepenuhnya mengambil masa dalam 3 minggu.

Pada 11-Okt-2023 tibalah masanya yang bertempat di Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan telah berlangsung Majlis Hi-Tea Dan Perasmian The Art Of Batik PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan 2023. Dimana tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk merasmi dan memperkenalkan produk batik PERKEP Negeri Sembilan iaitu kain batik canting (lelaki & wanita) dan beg tangan bermotifkan bunga rasmi Negeri Sembilan iaitu Bunga Lado. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABhg Datin Seri Hajah Hamidah Binti Khamis, Isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan turut diserikan dengan kehadiran YABhg Datin Seri Hajah Wan Hasni Binti Wan Yusoff isteri Menteri Besar Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah YBrs Puan ‘Ainu sham Bt Hj. Ramli, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Pengarah Seksyen Pembangunan Usahawan Kraf dan Encik Syardi bin Muhammad, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Kraftangan Negeri Sembilan kerana memberi peluang saya menghasilkan beg tangan tempahan dari PERKEP Negeri Sembilan. Ada banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang proses menyiapkan tempahan ini. Terima kasih juga kepada pihak PERKEP Negeri Sembilan diatas kerjasama dan layanan baik yang saya dapat sehingga dapat menyelesaikan tempahan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart