Hari Kraf Kebangsaan HKK 2022

Hari Kraf Kebangsaan (HKK 2022) telah berlangsung pada 23 feb-7 mac 2022 di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

TEMA HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK 2022)

Bertemakan ‘KRAF MEWARNAI KELUARGA MALAYSIA’ yang menggambarkan keunikkan dan keindahan produk kraf yang dapat mencerikan kehidupan keluarga Malaysia daripada perbagai latar belakang kaum dan bangsa.

AKTIVITI DAN PAMERAN DI HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK 2022)

HKK 2022 berjaya menghimpunkan lebih 300 orang usahawan dan komuniti kraf dari seluruh Malaysia dengan pelbagai bidang seperti kraf tekstil,kraf hasil rimba,logam,tanah dan aneka kraf bagi aktiviti jualan dan promosi. Pameran Khas – Ratu Kain (Tekstil Songket), Pameran MYCRAFTSHOPPE, Pameran Institut Kraf Negara, Pameran Seni Kraf Anyaman, Pameran Produk Baharu, Pameran produk Komuniti Kraf serta Tokoh Kraf dan Diorama Teknik Pembuatan Kraf Tradisional.

KOLEKSI BATIK INDERAPURA RAJA PERMAISURI AGONG

HKK 2022 juga turut mempamerkan  secara eksklusif Koleksi Batik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, yang diberi nama Sentuhan Permaisuri-Explorasi dan Eksperimentasi Batik Inderapura.

TOKOH KRAF NEGARA 2022 


Anugerah Tokoh Kraf Negara telah bermula pada tahun 1996. Anugerah ini dilancarkan bagi  mengiktiraf individu-individu yang telah banyak menyumbang dalam mempertingkatkan seni kraf Malaysia. Encik Norhaiza bin Noordin adalah penerima Tokoh Kraf Negara bagi tahun 2022. Beliau merupakan tokoh seni kraf ukiran yang terkenal dan telah membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Bagi saya yang kali pertama menyertai HKK tahun ini agak rasa berdebar-debar dan pada masa yang sama tak sabar untuk berjumpa pengunjung yang datang. Selama ini saya hanya aktif di online sahaja . Sudah semestinya  cara kita menerima dan melayan pelanggan agak berbeza.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart