Buka Booth di Hari Kraf Kebangsaan (HKK 2022)

 

Hari Kraf Kebangsaan (HKK 2022) telah berlangsung pada 23 feb-7 mac 2022 di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur.  Kali ini dapat peluang untuk membuka booth jualan bersama sahabat kraf saya. Kebetulan untuk tahun ini saya memang ingin berjumpa pelanggan secara offline. Jadi ini adalah peluangnya.

PERSIAPAN MEMBUKA BOOTH JUALAN
Sebenarnya agak lama juga saya tidak menghasilkan beg untuk jualan. Demi HKK 2022 saya memberi masa untuk diri sendiri dengan mengurangkan kerja menguruskan kedai alat jahitan beg https://www.bebagmaker.com/  supaya dapat memberi tumpuan dengan menjahit. Disebabkan saya tidak pernah membuka booth menjual handmade bag, banyak juga yang saya fikirkan. Sambil itu saya siapkan rak yang sesuai, paper bag, tag, bisnes kad dan yang penting tempat penginapan.

Sehari sebelum tarikh bermulanya HKK 2022 saya harus menyiapkan booth supaya pada hari pertama nanti tidak terlalu sibuk dan tenang menerima pengunjung. Memandangkan HKK 2022 kali ini kita masih didalam musim covid setiap pagi usahawan harus membuat pemeriksaan ujian kendiri covid-19 sebelum memasuki khemah masing-masing.

PENGALAMAN MEMBUKA BOOTH KRAFTANGAN DI HKK 2022
Boleh dikata semua pengalaman yang manis yang saya dapat semasa membuka booth di sini. Kebanyakkan pengunjung adalah pelanggan yang baru mengenali jenama ct N honey. Ada banyak pendapat yang mereka beri supaya saya boleh membaiki produk  sama ada dari segi material, pattern dan harga. Disamping itu di sini juga saya boleh mengenali lebih ramai lagi rakan-rakan kraf dan boleh bertukar pengetahuan.

 

Menerima kunjungan dari Ketua Penolong Pengarah En.Khudzairi, Penolong Ehwal Ekonomi Kanan En. Mohd Asri dari Kraftangan N9, bersama YB Mohamad Nazaruddin Sabtu Adun Kuala Pilah.
Bersama Pengurus Besar Tuan Muhd Zahir dari Lembaga Pelancongan NS.

Diharap saya akan mendapat peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi di HKK tahun hadapan. Terima kasih yang datang ke Booth TSJ14 khemah B dan memberi sokongan dan menghargai handmade ct N honey. Bye….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart