Pameran Back To Nature Natural Dye Pavilion Bukit Jalil

Program Back To Nature telah disempurnakan oleh Penaung PSJKM iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.


Dalam titah ucapannya, Tunku Azizah menzahirkan kebimbangan terhadap kualiti alam sekitar dan menyeru semua rakyat Malaysia untuk kembali menyintai alam ini. Bukan itu sahaja, Tunku Azizah juga menyeru seluruh rakyat Malaysia, syarikat-syarikat korporat dan jabatan kerajaan untuk memberi sokongan kepada produk-produk kraf tempatan. “Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan perhatian kepada produk-produk kraf tempatan dan saya menyeru syarikat-syarikat korporat serta jabatanjabatan kerajaan membeli produk yang dihasilkan oleh usahawan bawah bimbingan persatuan ini untuk dijadikan hadiah cenderamata atau corporate gift untuk promosikan produk kraf tempatan kepada orang ramai”, titahnya lagi.


Terdapat pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya pameran produk Natural Dye dan Eco Printing, persembahan demonstrasi, gerai jualan The Tunku Azizah Handmade Market dan bengkel D.I.Y Indigo Writing & Drawing.

https://www.femagonline.com/2022/06/back-to-nature-di-pavilion-bukit-jalil.html
https://www.bernama.com/en/news.php?id=2092550

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart