Back To Nature EcoPrints & Indigo Dye

Pameran yang diberi nama Back To Nature telah dianjurkan oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) pada 18-26 Jun 2022.
    

Setelah mengikuti kelas membuat Ecoprints selama 2 minggu dan juga ada support group WhatsApp, saya dan rakan-rakan seramai 20 orang menjadi perintis membuka reruai di pameran tersebut. Agak teruja sebab ini adalah kali pertama  pameran Natural Dye (Ecoprints dan Indigo dye) dibuat secara besar-besaran. Saya mengambil masa sebulan untuk  menyiap produk yang menggunakan design ecoprints dan indigo dye. Terus terang sebenarnya saya tak pasti adakah produk nature dye ini ramai peminatnya.

                                                           

Program Back To Nature telah disempurnakan oleh Penaung PSJKM iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Di program Back To Nature itu juga Madam Fully Chye meluangkan masa menyampaikan sijil penyertaan kepada semua perintis.

                                                               

Menampilkan 50 gerai jualan yang ditubuhkan PSJKM dan komuniti kraf Koperasi Dagang Seni Malaysia terdiri daripada suri rumah, asnaf, orang kelainan upaya dan Orang Asli. 3 hari selepas perasmian program saya tak sangka  sambutan dari pengunjung sangat diluar jangkaan dan produk saya hampir habis. Saya terpaksa meletakkan produk rakan-rakan untuk memenuhi meja booth.

                                                               

Hari terakhir program Back To Nature tidak ada satu pun produk saya yang tinggal. Alhamdulillah….

Untuk mereka yang tidak berkesempatan hadir di program Back To Nature di Pavilion Bukit Jalil, program ini akan diadakan dibeberapa tempat.
Jadual yang dirancang untuk roadshow Pameran Back To Nature Malaysia anjuran Sewing World/Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM)
8-18 Sept (AEON seremban)
30 sept-10 Okt (AEON Terbau City)
21-30 Okt (AEON Bandaraya Melaka)
25 nov-3 Dis (AEON Kota Bharu)
(Tarikh mungkin akan ada perubahan)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart