ACWW Associated Country Women of the World 2023 Marriot Putrajaya

Kali ini saya rasa bertuah kerana mendapat jemputan membuka booth dari Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang untuk sama-sama memeriahkan ACWW 2023 yang diadakan di Marriot Putrajaya.  (WI) Pahang adalah sebagai tuan rumah Persidangan Persatuan Wanita Desa sedunia ke30 yang disertai 500 peserta daripada kalangan ahli Persatuan Wanita Desa Sedunia.

Untuk rekod, ACWW adalah satu pertubuhan antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1929 beribu pejabat di London, United Kingdom. Matlamat mereka adalah untuk menyatukan wanita luar bandar dan organisasi mereka di seluruh dunia. Ia mempunyai lebih sembilan juta ahli, 426 pertubuhan wanita dari 84 negara seluruh dunia.
Ada 10 booth yang disediakan. Bagi team The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM) kami mendapat 5 tapak dan seramai 7 orang  yang terlibat. Agak berbeza suasana jualan kali ini kerana hampir 90% pelanggan kami adalah dari luar negara. Untuk jualan booth kali ini saya mendapati pengalaman baru dimana agak senang berurus niaga dengan mereka. Mereka sangat menghargai kraftangan, sentiasa memuji dan kagum dengan kraftangan yang kami hasilkan.

Sepanjang 8 hari Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia ke30 (ACWW) ini booth kami sentiasa dikunjungi oleh peserta seawal pukul 8 pagi lagi. Kebanyakkan mereka membeli barangan kraf sebagai cenderahati untuk keluarga dan kawan-kawan mereka.

Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia ini diadakan setiap 3 tahun sekali, dan selepas ini akan diadakan di Ottawa Kanada. https://acww.org.uk/2023-world-conference

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart