Tema Hari Kraf Kebangsaan HKK 2023 Ini Kraf Malaysia

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2023 datang lagi. Seramai 380 orang usahawan dan komuniti kraf dari seluruh Malaysia didalam Hari Kraf Kebangsaan tahun ini. Di bawah Kraftangan Malaysia ada lima kategori utama, iaitu tekstil (contohnya batik, songket, tenunan), hasil rimba (seperti rotan, anyaman mengkuang, perabot kayu), hasil tanah (misalnya seramik, kaca, kristal), hasil logam (contohnya piuter, tembaga) dan aneka kraf (seperti barangan perhiasan diri yang diperbuat dari pelbagai bahan, misalnya manik atau mutiara).

                                   

Tema Hari Kraf Kebangsaan 2023 ialah INI KRAF MALAYSIA. Tema ‘Ini Kraf Malaysia’ adalah cara untuk memberitahu orang ramai bahawa inilah dia produk-produk kraf khazanah kita yang tiada di tempat lain dan wajar diangkat. Hari Kraf Kebangsaan 2023 diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur . Selama dua minggu dari 1 hingga 10 Mac 2023, ia dibuka untuk orang ramai dan mengandungi pelbagai komponen menarik sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Agak istimewa HKK 2023 pada booth CT N HONEY tahun ini kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sempat singgah ketika lawatannya di Khemah B.

Jumpa lagi di HKK 2024 pula nanti. Bye..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart