CT N HONEY IGEM Malaysia 2022

IGEM 2022
Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2022. IGEM 2022 telah berlangsung pada 12-14 Okt 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Dengan bertemakan “Race Towards Net Zero: Fulfilling Sustainable Development Goals (SDG) and Environmental, Social, and Corporate Governance (ESG)”

YBrs Puan Noor Afifah Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha Alam Sekitar

 

APAKAH PRODUK EKO?
Produk eko ialah produk mesra alam, produk yang tidak membahayakan alam sekitar sama ada dalam pengeluaran, penggunaan atau pelupusannya. Dengan kata lain, produk ini membantu memelihara alam sekitar dengan mengurangkan pencemaran.

Kami iaitu perintis dibawah Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia membawakan tema Back To Nature yang menghasilkan produk dari Natural Dye.  Saya rasa sangat bertuah kerana terpilih  dapat bersama-sama dengan 9 orang lagi crafter  di event terbesar ini.

  1. Rakmala Craft
  2. Rimba Riang
  3. by Syajo
  4. Tainu Crafts N Embroidery
  5. Memory’s Collection
  6. CT N HONEY
  7. Begkita
  8. Nasnan’s Gift
  9. The Altatriz
  10. Shinrinyoku

Ada banyak aktiviti yang disediakan seperti Pocket Talk dimana pempamer memberi penerangan mengenai apa yang mereka lakukan sekarang ataupun servis yang mereka ada. Juga Business Matching  & Networking diantara  pempamer dan pelawat.

Kami bermula dengan langkah pertama memelihara alam sekitar dengan menghasilkan produk dari natural dye…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart